Pages

DUNIA IMPIAN debu batu kaca intan

Jumaat, 26 Mac 2010

AKU.FANTASI.REALITI.ABADI

SEBENARNYA memang begitu sukar untuk aku menekan butang huruf pada keyboard netbook aku ni, macam nak start cerita ini, pelbagai persoalan timbul dalam kepala aku..secara rumusnya aku takut sesuatu yang aku tulis ni hanya seperti mimpi kosong ataupun syok sendiri dan hasilnya tiada hasil, kosong!!(sebab bagi aku syok sendiri merupakan penyakit hati yang tiada ubatnya!!)

JADI blogger kononnya..koya terror...hangat tahi ayam...yang aku tahu bersepah blog berterbangan merata di alam maya ni..macam-macam ada...namun terfikir juga aku yang selama ni aku hanya jadi individu yang hanya 'follow' sesuatu yang baru bukan menghasilkan sesuatu yang membawa kelainan..kelainan yang macam mana..lain dari yang lain..lain mengikut nawaitu yang diarahkan jiwa aku..lain yang mungkin dapat memberi pedoman dan pengajaran untuk orang lain..mungkin orang merasakan tak ada kelainannya...tapi yang penting aku merasakan ianya lain dari yang lain...bagi aku nawaitu yang terdetik disaat jari pertama menekan huruf pada keyboard itulah yang membezakan sesuatu itu....

YANG penting....

"Biar jadi semangat padi"

"Jangan jadi semangaat besi"

"Dari DEBU jadi batu...dari BATU jadi kaca...dari KACA jadi INTAN"